4 Faktor Kenapa Kerjaya Perancang Kewangan Prudential Perlu Diberi Perhatian
Setiap perniagaan ada kelebihan masing-masing. Namun, apakah kelebihan kerjaya Perancang Kewangan Prudential?
Perancang Kewangan Prudential ialah seorang yang terlibat dalam Perniagaan Takaful, Insuran dan Unit Trust di Malaysia.
Ada 4 soalan yang kita perlu tanya untuk mengetahui sama ada kerjaya Perancang Kewangan Prudential ini bagus atau tidak:
- Adakah wujud potensi pasaran yang besar bagi Perniagaan Takaful dan Insuran di Malaysia?
- Bolehkah produk Takaful dan Insuran Prudential yang dipasarkan memenuhi permintaan?
- Adalah Perniagaan Takaful dan Insuran di Malaysia menguntungkan?
- Adakah Perniagaan Takaful dan Insuran ni bermakna?
Mari kita cuba jawab 4 soalan ini dengan lebih teliti.
Soalan Pertama ialah:
SOALAN: “Adakah wujud potensi pasaran yang besar bagi Perniagaan Takaful dan Insuran di Malaysia?”
Pasaran yang besar wujud disebabkan oleh permintaan yang besar. Permintaan yang besar disebabkan oleh masalah yang besar. Jadi, apakah masalah yang paling besar di Malaysia?
Masalah-masalah yang paling di Malaysia ialah:
i) Meninggal Dunia Awal: Dalam hidup ini, kita hanya tahu tarikh lahir kita tetapi kita tidak dapat menjangka tarikh mati kita. Seringkali kita dengar di akhbar dan media tentang bapa meninggal dunia disebabkan oleh kemalangan dan penyakit kritikal. Sekiranya bapa yang menjadi sumber utama pendapatan keluarga meninggal dunia, apakah nasib keluarga tersebut? Adakah ibu yang tinggal dapat menyara hidup anak-anak yang masih kecil?
PENYELESAIAN: Sekiranya bapa tersebut mempunyai polisi Takaful atau Insuran, insyallah nasib keluarga akan terjamin.
ii) Hidup Terlalu Lama: Selepas tamat zaman bekerja pada umur 55 atau 58 tahun, kita biasanya akan bersara. Namun, adakah kita mempunyai tabung persaraan yang cukup untuk menampung tempoh persaraan selama 20-30 tahun? Berdasarkan laporan dari KWSP, ramai antara rakyat Malaysia mempunyai kurang RM100,000 dalam KWSP pada hari persaraan. Adakah kita sanggup hidup di bawah tanggungan anak-anak yang juga mempunyai masalah kewangan? Atau kita memilih untuk sambung bekerja sehingga meninggal dunia?
PENYELESAIAN: Buka satu polisi Takaful atau Insuran yang mempunyai unsur-unsur simpanan dan pelaburan. Polisi Takaful atau Insuran itu juga perlu mempunyai manfaat Pelepasan Sumbangan sekiranya terkena penyakit kritikal. Tiada siapa pun masih ingin menabung sekiranya sudah terkena penyakit kritikal.
iii) Hidup Dengan Penyakit atau Hilang Upaya: Hidup kita sebagai manusia tidak dapat lari dari takdir. Pada bila-bila masa sahaja kita boleh ditimpa musibah seperti terkena penyakit kritikal atau terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kita lumpuh dan hilang upaya. Ini menyebabkan kos perubatan kita akan meningkat dengan mendadak. Hari ni kita memerlukan paling kurang RM50,000 untuk kos rawatan sakit jantung dan hampir RM300,000 untuk kos rawatan sakit kanser. Siapakah yang akan menolong kita di saat-saat kesusahan? Adik-beradik? Kerajaan?
PENYELESAIAN: Dapatkan Kad Perubatan Takaful atau Insuran pada hari ini juga supaya kebajikan seluruh keluarga akan lebih terjamin. Pilih Kad Perubatan yang mempunyai nilai yang melebihi Rm500,000 kerana kos perubatan pada hari ni meningkat antara 15%-20% setiap tahun.
iv) Masa Depan Anak-anak: Tahukah anda 120,000 orang anak-anak Melayu tercicir dari melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS setiap tahun? Apakah sebabnya? Salah satu sebabnya ialah orang-orang Melayu tidak menyimpan duit secukupkan untuk Tabung Pendidikan Anak. Kalau hanya RM10 atau RM20 sebulan, hasilnya amat sedikit.
PENYELESAIAN: Buka satu polisi Takaful atau Insuran yang mempunyai unsur-unsur simpanan dan pelaburan di atas nama anak. Polisi Takaful atau Insuran itu juga perlu mempunyai manfaat Pelepasan Sumbangan sekiranya Ibu atau Bapa Pembayar meninggal dunia, hilang upaya atau terkena penyakit kritikal supaya Tabung Pendidikan anak akan lebih terjamin walaupun sudah menjadi yatim piatu.
v) Pengumpulan Harta: Bagaimanakah cara yang mudah untuk kita mengumpul harta? Sudah tentu dengan membeli hartanah yang mempunyai potensi kenaikan nilai yang tinggi dan juga mempunyai satu perniagaan yang sentiasa memberikan keuntungan. Namun, kita tidak pasti sama-ada kita akan sentiasa sihat. Apa akan jadi dengan pengumpulan harta kita sekiranya kita terkena penyakit kritikal seperti sakit jantung dan kanser?
PENYELESAIAN: Pastikan kita mempunyai satu polisi Takaful atau Insuran yang mempunyai manfaat Pelepasan Sumbangan sekiranya kita terkena penyakit kritikal.
JAWAPAN: Dengan hanya 5 masalah ini sahaja, kita akan dapati yang wujudnya Potensi Pasaran yang Besar bagi Perniagaan Takaful dan Insuran di Malaysia.
Soalan Kedua ialah:
SOALAN: “Bolehkah produk Takaful dan Insuran Prudential yang dipasarkan memenuhi permintaan?”
Katakanlah kita mempunyai Rm300 sebulan untuk dilaburkan. Di manakah tempat yang sesuai untuk kita laburkan? Biasanya bagi orang Melayu, ASB dan Bank menjadi pilihan yang utama. Namun begitu, adakah ini tempat yang paling menguntungkan?
Mari kita buat perbandingan. Katakanlah kita boleh melabur Rm300 sebulan. Selepas setahun, kita akan mempunyai RM3,600 campur dengan bonus dan dividen. Tetapi malang tidak berbau, kita mungkin akan terkena Garisan Musibah seperti Penyakit Jantung. Adakah anda tahu berapakah jumlah kos rawatan untuk merawat Penyakit Jantung? Berdasarkan bil-bil hospital yang terkini, RM50,000 akan angka yang diperlukan.
Bagaimana dengan anda sekarang? Adalah anda mempunyai RM50,000 pada hari ini? Kalau ikut cara simpanan dan pelaburan anda di ASB atau Bank, anda hanya mempunyai Rm3,600 campur bonus dan dividen.
ANDA MEMPUNYAI MASALAH YANG AMAT BESAR. ANDA KEKURANGAN RM46,400 UNTUK KOS RAWATAN PENYAKIT JANTUNG ANDA!!
Sebenarnya anda mempunyai 4 masalah yang besar iaitu:
- Kos Perubatan: Mana nak cari RM46,4000 lagi?
- Perbelanjaan Harian: Ada ke lagi duit untuk dibelanja? Dah sakit, kerja pun tak dapat buat. Jadi gaji dan pendapatan pun berkurang atau tiada terus.
- Meneruskan Pelaburan: Masih mampu ke nak melabur lagi?
- Tabung Persaraan: Masih ada harapan lagi ke?
Jadi, siapakah yang boleh menolong kita dalam keadaan yang amat kritikal ini?
Polisi TAKAFULINK akan menolong anda. Bagaimana?
Katakanlah anda melabur RM300 sebulan dalam Polisi Takafulink dan hanya selepas 2 bulan, doktor memberitahu anda yang anda disahkan mengidap Penyakit Jantung dan kos rawatannya ialah RM50,000. (Hanya 2 bulan sahaja tempoh menunggu untuk perlindungan Penyakit Jantung!)
Anda amat bernasib baik. Polisi Takafulink mempunyai Kad Perubatan yang bernilai RM500,000. Masalah pertama anda iaitu Kos Perubatan anda selesai. Setelah menggunakan Rm50,000, anda masih mempunyai Rm450,00 lagi bakinya.
Bagaimana dengan masalah kedua anda iaitu Perbelanjaan Harian? Jangan risau, dalam polisi Takafulink, anda akan diberikan RM50,000 Tunai untuk pampasan penyakit kritikal. Selesai masalah yang kedua.
Bagaimana pula dengan masalah yang ketiga iaitu Meneruskan Pelaburan? Anda tidak perlu risau juga sebab dalam polisi Takafulink ada manfaat Pelepasan Sumbangan Disebabkan Oleh Penyakit Kritikal. Dengan kata lain, anda tidak perlu lagi menyumbang RM300 sebulan untuk polisi Takafulink ini. Prudential BSN Takaful akan menyumbang RM300 sebulan untuk anda sehingga lah anda meninggal dunia atau berumur 80 tahun (yang mana dahulu). Maka selesailah masalah yang ketiga.
Dengan ini juga masalah keempat iaitu Tabung Persaraan akan selesai.
Jadi, sekiranya kita buat perbandingan antara melabur di ASB/Bank dan Takafulink, yang mana kah pilihan anda? Adakah anda mampu untuk mempunyai kekurangan Rm46,400 atau anda lebih suka untuk mempunyai lebih RM1,000,000? Hanya anda yang boleh buat pilihan yang bijak.
JAWAPAN: Dengan ini kita boleh membuat kesimpulan yang Takafulink adalah produk yang dapat memenuhi kehendak pasaran!
Soalan Ketiga ialah:
SOALAN: “Adalah Perniagaan Takaful dan Insuran di Malaysia menguntungkan?”
Model pendapatan di atas adalah contoh pendapatan yang boleh diperolehi oleh Perancang Kewangan.
Katakan pada tahun pertama, Perancang Kewangan berjaya membawa kes Insuran/Takaful bernilai RM 200,000, kes Insuran Am bernilai RM 25,000 dan kes Unit Amanah bernilai RM 250,000.
Pada tahun pertama sahaja, Perancang Kewangan akan memperolehi pendapatan sebanyak RM 50,000 (dari Insuran/Takaful), RM 5,000 (dari Insuran Am) dan RM 7,500 (dari Unit Amanah). Ini bermakna pada tahun pertama, anda memperolehi pendapatan tahunan sebanyak RM 62,500!
Pada tahun-tahun berikutnya, dengan pembaharuan polisi, komitmen dan dedikasi yang berterusan, pendapatan Perancang Kewangan akan mula meningkat secara progresif dan menjelang tahun ke-empat, Perancang Kewangan akan memperolehi pendapatan tahunan sebanyak RM 249,000! Ini adalah purata RM 21,000 sebulan! Dengan kemahiran dan tekad, pendapatan Perancang Kewangan tiada terhadnya!
JAWAPAN: Kerjaya sebagai Perancang Kewangan Prudential adalah sangat menguntungkan.
Soalan Keempat ialah:
SOALAN: “Adakah Perniagaan Takaful dan Insuran ni bermakna?”
Untuk menjawab soalan ini, anda perlu bertanya pada diri anda. Apakah sebabnya anda ingin berjaya? Sekiranya anda mempunyai segala masa di dunia ini dan semua duit yang ada, apakah matlamat hidup anda?
Sekiranya anda dapat memenuhi matlamat seperti yang tersenarai ini, adalah hidup anda lebih bermakna?
- Bebas Hutang
- Kebebasan Kewangan
- Persaraan yang Kaya dan Bergaya
- Pendidikan Terbaik untuk Anak-anak
- Menolong Orang
- Bercuti di Luar Negara
- Gaya Hidup yang Menarik
- Masa Kualiti Bersama Keluarga
- Menderma dan Bersedekah kepada orang yang memerlukan
- Peninggalan Hidup
JAWAPAN: Dengan pendapatan yang lumayan, masa kualiti yang banyak untuk keluarga dan dapat berbakti kepada masyarakat, jawapannya ialah kerjaya Perancang Kewangan Prudential adalah amat bermakna!
Bagaimana dengan anda? Adakah masih ingin berpeluk-tubuh dan hanya melihat kejayaan orang lain?
Hubungi Perancang Kewangan Prudential di bawah dengan segera supaya anda juga dapat menikmati kejayaan yang cemerlang:
- MASHRUDDIN NAWAWI
- 019-316-5114
- marsh5110@gmail.com